Serangan 22 Julai 2011 Jens Stoltenberg

Pada hari Jumaat, 22 Julai 2011, seorang pelampau Kristian bernama Anders Behring Breivik telah meletupkan bom buat sendiri di hadapan pejabat Perdana Menteri di Oslo. Seramai 7 orang terbunuh akibat letupan kuat yang boleh didengar sehingga 20 km. Jens Stoltenberg terselamat kerana ketika itu sedang bekerja dari rumah.

Kemudian pelampau yang bertindak sendiri itu telah menyeberang ke Pulau Utoya dengan berpakaian polis yang lengkap. Dia mengarahkan remaja - remaja 16 tahun yang berkhemah di situ supaya berkumpul. Selepas itu dia melepaskan tembakan dan membunuh orang . Mereka yang melarikan diri dengan berenang ke laut telah ditembak. Perkhemahan itu anjuran Parti Buruh Norway dan dijangka Jens Stoltenberg menyampaikan ucapan di perkhemahan tahunan itu.